[VIDEO] Tiada pemimpin, kakitangan terlibat rasuah bawah kerajaan PAS Kelantan, kata Mohd Amar


SEJAK Kelantan berada di bawah pemerintahan PAS, setakat ini tiada pemimpin mahupun kakitangan kerajaan negeri didakwa atas kesalahan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, kata Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah.

Bagaimanapun beliau mengakui terdapat beberapa pegawai atau kakitangan telah disiasat berhubung perkara tersebut selepas menerima laporan daripada pihak-pihak tertentu.

Jelasnya, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dibuat sekiranya ada dalam kalangan pimpinan kerajaan terlibat dengan salah guna kuasa. – 20 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen