[VIDEO] Tiada pengganti perniagaan 100 tahun, pembuat beca tertua bakal bersara


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

BECA atau lanca merupakan kenderaan beroda tiga pernah menjadi pengangkutan utama bagi penduduk di George Town, Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

Seiring masa berlalu, beca kini hanya digunakan untuk membawa pelancong yang berkunjung di Pulau Mutiara itu.

Bagi pembuat beca yang tertua, Choo Yew Choon, beliau mahu bersara daripada perniagaan warisan keluarganya yang sudah berusia 100 tahun.

Faktor usianya yang sudah lanjut menjadi sebab utama.

Ini kerana dia sudah hidup dalam dunia beca lebih 35 tahun. – 19 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen