[VIDEO] Penjagaan mudah, ketum bantu jana pendapatan sampingan, kata pekebun getah


Hasmizar Hassan Syazwana Amir Sumardi Susilo

KETIKA negara jiran Thailand menghalalkan penjualan ketum secara terbuka pada Ogos tahun lalu, permintaannya di Malaysia meningkat mendadak hingga harganya melambung tinggi.

Ketum atau dikenali juga sebagai daun biak oleh penduduk tempatan subur menghijau dan banyak terdapat di utara tanah air menganjur ke Selatan Thailand.

Bagi pekebun getah di kampung kecil di Sik, Kedah dikenali sebagai Virot, menanam ketum merupakan punca pendapatan sampingannya.

Katanya, menjual daun ketum sedikit sebanyak membantu orang kampung untuk pendapatan harian berbanding bergantung sepenuhnya kepada tanaman getah. – 18 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen