[VIDEO] PM akan jumpa Zuraida minggu depan


Hasmizar Hassan Sumardi Susilo

KEDUDUKAN Menteri Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin dalam kabinet akan dibincangkan dalam pertemuan dengannya minggu hadapan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata dia akan bertemu dengan Zuraida terlebih dahulu sebelum bersemuka dengan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam sidang media selepas merasmikan projek MRT Laluan Putrajaya Fasa satu hari ini, Ismail Sabri turut berkata Zuraida masih hadir di dalam mesyuarat kabinet yang diadakan semalam. – 16 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen