[VIDEO] Masih senang kahwin bawah umur di Kelantan, kata Amanah


Diyana Ibrahim Sumardi Susilo Jeremy Seng

PERKAHWINAN bawah umur masih senang diluluskan oleh pihak berkuasa syariah di Kelantan sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang berbangkit, kata sayap Wanita Amanah negeri.

Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan Dr Hafidzah Mustakim berkata mengikut pengalamannya menangani kes perkahwinan bawah umur, kebanyakan kes diluluskan kerana remaja perempuan terlibat terlanjur hamil dan perkahwinan dilihat jalan penyelesaian yang mudah.

Beliau juga berkata perkahwinan bawah umur diluluskan tanpa pasangan terlibat menjalani kaunseling dan bimbingan. – 9 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen