[VIDEO] Tenaga buruh, harga makanan haiwan jejas bekalan ayam, kata pengusaha


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

KEKURANGAN bekalan ayam berpunca daripada peranan orang tengah dan manipulasi penternak ayam, kata pengusaha.

Bagaimanapun, punca utamanya adalah kerana kekurangan tenaga kerja dan harga makanan ternakan yang melambung tinggi, tambah mereka.

Ahli persatuan penternak ayam kecil dan sederhana Johor, Lau Ka Keng berkata ia disebabkan kekurangan pekerja yang serius di ladang dan harga makanan haiwan akibat perang di Rusia.

Penternak tidak dapat memenuhi permintaan kerana tidak mempunyai pekerja selain harga makanan haiwan meningkat 100%.

Menurutnya, harga siling untuk 1kg ayam keseluruhan ialah RM8.90 membuatkan penternak rugi. – 7 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen