[VIDEO] Pejuang ada gabungan untuk PRU15, kata setiausaha agung


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

PEJUANG tidak akan memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara bersendirian, seperti yang dilakukannya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini, kata timbalan presidennya, Marzuki Yahya.

Pejuang, yang diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya akan bergerak bersama gabungan baharu yang dibentuk dengan parti dan kumpulan yang berkongsi matlamat perjuangan yang sama dengannya.

“Buat masa ini kita masih berpendirian solo. Pada masa sama kita juga merangka satu platform baru yang mana saya yakin masih ada parti yang sealiran perjuangan dengan kita, mungkin mereka akan menjadi sebahagian daripada pasukan kita.

“(Gabungan) tidak boleh terjadi kepada parti politik sahaja… di luar banyak kumpulan dan tokoh yang mampu menyumbang untuk memulihkan negara,” kata Marzuki dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, di pejabatnya, di Cyberjaya, minggu ini. – 5 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen