[VIDEO] Satu lawan satu sukar dicapai pada PRU15, kata Pejuang


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

SUKAR untuk memastikan pertembungan satu lawan satu bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang kerana ada parti politik yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri, kata Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya.

Katanya, usaha ke arah itu pernah cuba digerakkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 namun gagal apabila PAS menjadi pihak ketiga dalam pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

“Kita tahu mana-mana negara demokrasi yang paling baik adalah satu lawan satu tetapi bagaimana nak wujudkannya.

“Pada PRU14 kita cuba gabungan semua parti satu lawan satu, antara PH dan BN tetapi kita lihat wujud PAS yang cuba menjadi ‘king maker’ dalam PRU14 yang akhirnya pecahkan undi,” kata Marzuki. – 4 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen