[VIDEO] Beri inspirasi, bukan kata wanita tak dilahirkan sebagai pemimpin
PEMIMPIN wanita kecewa dan kesal dengan kenyataan wanita tidak dilahirkan sebagai pemimpin oleh anak sulung Presiden Umno Nurulhidayah Zahid.
Setiausaha Agung Muda Amira Aisya Abd Aziz berkata Nurulhidayah sepatutnya bertanggungjawab memberi inspirasi kepada wanita lain kerana dia juga merupakan pemimpin.
Tambahnya sebagai pemimpin wanita, beliau bertanggungjawab untuk menolak segala idealisme berunsur patriarki dan berbau misogini. – 1 Jun, 2022.
Komen