[VIDEO] Jangan tangguh PRU15, takut sejarah berulang, Najib beri amaran


PENGERUSI Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Najib Razak menasihatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana keadaan semasa memihak kepada gabungan itu.

Bekas perdana menteri turut memberi amaran agar Ismail Sabri tidak mengulangi kesilapannya sebelum ini sewaktu menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang menyaksikan BN tewas dan hilang kuasa.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen BN, sempena ulang tahun ke-48 gabungan itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.  – 1 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen