[VIDEO] Cubaan seludup 1.35 tan daun ketum ke Johor gagal


Sumardi Susilo

HAJAT dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 1.35 tan ke Johor Bharu tidak kesampaian selepas ia digagalkan pihak polis.

Mereka ditahan dalam satu operasi di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, malam tadi.

Kedua-dua suspek berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam semasa sekatan jalan raya Op Bersepadu Luaran dijalankan.

Pegawai dan anggota dari Polis Peronda Lebuh Raya Zon Utara 1 telah menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki di R&R Gurun dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori telah menjumpai 135 bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun hijau yang dipercayai ketum.

Setiap satu bungkusan plastik itu adalah seberat 10 kilogram dan anggaran keseluruhan berat bungkusan 1.35 tan. – 31 Mei, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen