[VIDEO] Kesan melecur Bella sebab air termos, bukan penapis air, kata saksi
SEORANG penghuni Rumah Bonda mengakui kecederaan melecur dialami Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukannya daripada mesin penapis air.
Yasmin Nahar Mahmood bersetuju dengan cadangan peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas Rumah Bonda, bahawa Bella bermain dengan termos yang berada di bilik dobi sebuah kondominium di Wangsa Maju sebelum air termos tertumpah dan terkenanya.
Saksi pendakwaan kelima itu juga bersetuju dengan cadangan Nurul Hafidzah bahawa beliau juga ada memberitahu perkara sama ketika memberi keterangan kepada pihak polis di lobi kondominium pada 7 Julai 2021. – 30 Mei, 2022.
Komen