[VIDEO] Majikan potong elaun? Jangan takut buat laporan, kata MTUC


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

PEKERJA yang dipotong elaun oleh majikan perlu berani tampil membuat laporan, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausahanya Kamarul Bahrin menggesa tindakan tersebut dilakukan kerana mendapat banyak aduan syarikat bertindak memotong elaun pekerja selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.

Mereka disarankan membuat laporan di pejabat MTUC atau pejabat buruh terdekat.

Jelasnya tindakan ini mengkhianati usaha kerajaan memperkasakan B40.

Pada 19 Mac, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan berkuat kuasa 1 Mei gaji minimum dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500.

Beliau bagaimanapun menambah perniagaan kecil dan mikro dibenarkan menangguhkan kenaikan gaji kerana mereka mungkin kurang berkemampuan untuk bayar.

Perintah Gaji Minimum yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia M. Saravanan disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan dan dimuat naik di laman web rasmi Jabatan Peguam Negara. – 27 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen