[VIDEO] Yasin tak pernah jadi ahli PKR, bela dasar kawan, kata Yusmadi


Hasmizar Hassan Nabihah Hamid Fikri Ghazali Sumardi Susilo Syazwana Amir

TINDAKAN membela komposer dan penyanyi terkenal Yasin Sulaiman bukanlah kerana dia seorang ahli PKR tetapi ia atas dasar kawan, kata peguamnya Yusmadi Yusoff.

Menurut Yusmadi, persahabatan diantaranya dan Yasin sejak dari zaman universiti menyebabkan dia ingin membantu Yasin yang kini berdepan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa menanam pokok ganja dan mengedar.

Yusmadi turut menegaskan dia mengenali Yasin sejak penyanyi itu membuat rakaman video klip lagu berjudul ‘Teman Sejati’ di bilik sewaktu belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Tambahnya, Yasin tidak pernah menyertai PKR sepanjang pengetahuannya. – 25 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen