[VIDEO] PRU15: Jamal mengalu-alukan Tengku Zafrul bertanding di Selangor


KETUA Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos mengalu-alukan menteri kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk bertanding di Selangor dalam PRU-15 akan datang.

Bagaimanapun, Jamal berkata keputusan sama ada Tengku Zafrul akan bertanding di Kuala Selangor hanya boleh diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Terdahulu, muncul khabar angin Tengku Zafrul akan bertanding di Kuala Selangor kerana menteri kewangan itu dilihat ‘turun padang’ beramah mesra dengan penduduk di situ.

Bagaimanapun, ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor Jahaya Ibrahim menolak kehadiran Tengku Zafrul dalam mana-mana program di Parlimen kawasan tersebut.

Dalam pada itu, ketua Umno Selangor Noh Omar turut menafikan desas-desus bahawa aktiviti menteri kewangan itu di Selangor bermakna beliau akan bertanding di sana dalam PRU akan datang.

Menurutnya, ia merupakan perkara biasa bagi seorang menteri kewangan untuk turun padang di Selangor. – 23 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen