[VIDEO] Dr Mahathir mahu Zahid minta maaf atas dakwaan gelaran 'Kutty'


BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mahu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta maaf kerana mempertikaikan status kaumnya sebagai Melayu.

Mahathir merujuk ucapan Ahmad Zahid pada Julai 2017 yang mengungkit sejarah keturunannya dari India.

Dalam ucapannya Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun ketika menjadi perdana menteri antara 1981 dan 2003. – 16 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen