[VIDEO] Mahkamah Persekutuan tetap rayuan akhir kes SRC Najib Ogos ini
MAHKAMAH Persekutuan menetapkan Ogos ini bagi mendengar rayuan Najib Razak atas sabitan kes rasuah dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Rayuan tersebut dijadualkan akan didengar selama 10 hari dari 15 hingga 26 Ogos.
Rayuan kali ini merupakan rayuan akhir selepas Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 mengekalkan sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020. – 9 Mei, 2022.
Komen