[VIDEO] Banteras rasuah dengan ubah sistem nilai


Jeremy Seng Sumardi Susilo

TERDAPAT banyak usaha memerangi rasuah sejak terbongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene dan 1Malaysia Development Bhd lebih sedekad lalu.

Ketika usaha ini memuncak dalam perubahan dasar, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International Malaysia (TI-M) terus merosot.

Daripada paras terendah 51 dan 53 mata pada 2020 dan 2019, Malaysia hanya mencatatkan 48 mata pada tahun lepas, menyebabkan negara jatuh lima lagi kedudukan kepada 62 daripada 180 negara.

Ketua Eksekutif Rasuahbusters Nurhayati Nordin berkata satu puncanya ialah perubahan dasar sahaja tidak semestinya diterjemahkan kepada perubahan tingkah laku.

“Kita perlu menilai semula nilai di Malaysia dan di Rasuahbusters, kami percaya perlu ada persefahaman lebih baik di kalangan orang ramai.

“Hanya dengan pemahaman yang baik ia akan diterjemahkan kepada tindakan,” kata Nurhayati di pejabatnya di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada Isnin. – 26 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen