[VIDEO] Didik bukan hukum remaja basikal lajak, kata mekanik
HOBI mengayuh basikal lajak tidak sepatutnya dibantah, sebaliknya remaja perlu dididik untuk manfaatkan hobi mereka ke arah lebih baik, kata Akmal Asfar Mutalib.
Pemilik kedai membaiki basikal itu berkata dia menggunakan pendapatannya untuk membiayai kelas percuma mengajar remaja dari keluarga berpendapatan rendah untuk menjadi mekanik basikal.
“Terdapat kira-kira 80 remaja menyertai program Learn One Teach One ini yang disokong Yayasan AirAsia.
“Sesetengah anak muda telah berhenti menunggang basikal lajak selepas menyertai program ini.
“Saya juga menyaksikan mereka yang menghentikan aktiviti basikal lajak menggalakkan rakan mereka untuk tidak menyertainya juga,” katanya.– 23 April, 2022.
Komen