[VIDEO] Baru setahun jagung, Adam Adli akui perebutan Ketua AMK mencabar


Hasmizar Hassan Syazwana Amir Fikri Ghazali Sumardi Susilo

BARU menyertai parti PKR kurang setahun, Adam Adli mengakui ia merupakan satu cabaran besar untuk merebut jawatan Ketua AMK pada pemilihan kali ini.

Ia lebih-lebih lagi apabila beliau bertembung dengan Fahmi Zainol yang sudah mempunyai pengaruh dalam parti reformasi.

“Saya tidak pernah menjawat dalam jawatan dalam organisasi tersebut. Tempoh masa saya berasa begitu pendek berbanding dengan Fahmi.

“(Peluang menang) selalunya separuh-separuh. Semua orang ada kekuatan masing-masing,” katanya dalam temubual Insight Talk.

Beliau menjawab soalan bagaimana untuk berhadapan dengan Fahmi Zainol yang pernah menjawat jawatan Exco AMK selain sudah 7 tahun menyertai parti.– 23 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen