[VIDEO] PAS mahu MoU dengan Pakatan diteruskan sehingga PRU15


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

MEMORANDUM persefahaman (MoU) antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) perlu kekal sehingga pilihan raya umum akan datang, kata pemimpin PAS Takiyuddin Hassan.

Setiausaha agung parti berkata MoU berkenaan akan membantu dalam proses pemulihan negara.

Ismail Sabri menandatangani MoU dengan PH pada September lalu untuk memastikan kestabilan politik dan bagi memulakan reformasi institusi.

MoU itu juga memastikan kedudukan Ismail Sabri sebagai perdana menteri selamat dengan sokongan PH.– 15 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen