[VIDEO] PH mahu pastikan RUU antilompat parti lulus di Parlimen


Fikri Ghazali

PAKATAN Harapan mahu memastikan rang undang-undang antilompat parti dibentangkan dan diluluskan Parlimen.

Melalui kenyataan Majlis presiden Pakatan Harapan (PH) mereka menggesa RUU dibentangkan di persidangan khas Dewan Rakyat sebelum hujung Mei.

Majlis presiden sekali lagi mengulangi pendiriannya yang RUU antilompat parti adalah syarat utama dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

Tindakan ini penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan jaminan masa depan demokrasi di Malaysia. – 11 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen