[VIDEO] PAS juga mahu jumpa Dr Mahathir, kata Hadi
SUSULAN bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin datang berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad, PAS juga mahu bertemu Pengerusi Pejuang tersebut bagi membincangkan usaha menyatukan parti Melayu, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata demikian selepas Pejuang mendedahkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sudah bertemu Dr Mahathir untuk bekerjsama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hadi turut berkata PAS dimaklumkan oleh Muhyiddin berhubung pertemuan tersebut yang diadakan dua minggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – 1 April, 2022.
Komen