[VIDEO] Pensyarah hina siswa miskin? UiTM jamin ambil tindakan


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

SELEPAS tular video pensyarah hina pelajar miskin, pihak universiti memberi jaminan akan ambil tindakan dan mengenalpasti individu terbabit.

Naib Canselor UiTM Prof Roziah Mohd Janor dalam satu kenyataan turut mengesyaki terdapat objektif tertentu di sebalik usaha mendedahkan rakaman tersebut pada waktu ini.

Ini kerana insiden itu didapati berlaku pada semester lalu.

Menurutnya pensyarah tersebut merupakan pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur.

Roziah juga berkata kesilapan mungkin berlaku dalam tindakan pensyarah tersebut memarahi pelajar terbabit.. – 30 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen