[VIDEO] Kerajaan perlu tentukan sampai bila kena pakai MySejahtera, kata Tok Mat


Syazwana Amir Sumardi Susilo

KERAJAAN perlu tetapkan sampai bila MySejahtera akan dipakai untuk mengesan pergerakan rakyat bagi membendung penularan Covid-19, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau berkata rakyat Malaysia tidak boleh selamanya dibebani dengan aplikasi yang mencerobohi kerahsiaan kehidupan seharian mereka.

Mohamad juga turut mengingatkan kerajaan supaya telus dengan rakyat.

Ini kerana ketika isu pemilikan aplikasi dan keselamatan data peribadi yang terkandung dalamnya menjadi kontroversi sejak hujung minggu lalu.

MySejahtera digunakan sejak April 2020 lalu untuk pengesanan kontak rapat jangkitan Covid-19.– 29 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen