[VIDEO] Nak menang PRU15? PH perlu bersatu, gesa Amira


Syazwana Amir Hasmizar Hassan Jeremy Seng Sumardi Susilo

KESATUAN dan komunikasi antara parti adalah kunci kemenangan pada PRU15, kata pimpinan parti Muda Amira Aisya Abd Aziz.

Sebagai anak bongsu yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Adun termuda Johor itu berkata PH perlu bersatu untuk mengelakkan pertembungan selain memperbaiki komunikasi. 

“Saya tak mahu jadi orang luar untuk beritahu PH apa yang mereka perlu buat. Kenapa saya kata komunikasi? Banyak benda yang kita perlu perbaiki.

“Kesatuan pembangkang itu juga penting termasuklah Warisan, Pejuang, Dan kesatuan itu perlu dijalankan bukan satu bulan sebelum pilihanraya,” katanya dalam temubual eksklusif bersama The Malaysian Insight. – 25 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen