[VIDEO] Muda gagal tarik undi belia, bergantung pengundi PH, kata pengkaji


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

MESKIPUN dijangka boleh menang enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, namun hakikatnya parti Muda tidak menarik pengundi muda.

Pengarahnya, Hisommudin Bakar berkata selepas menganalisis semua keputusan, kebanyakan pengundi yang mengundi Muda adalah daripada PH.

Pengkaji akademik itu mendapati 99% pengundi Undi18 dan pemilih pendaftaran automatik tidak pun menyemak pendaftaran mereka.

Semasa PRN Johor, Ilham Centre membuat tinjauan kepada 1,391 pengundi di sana dan ia menunjukkan kebanyakan pengundi baru berdaftar menunjukkan kurang minat untuk mengundi.. – 24 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen