[VIDEO] Hutang kerajaan RM979.8 bilion, kata timbalan menteri
HUTANG keseluruhan kerajaan persekutuan setakat Disember 2021 berjumlah RM979.8 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.
Ia merupakan 63.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Katanya hutang statutori, merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) berjumlah 59.7 peratus daripada KDNK.
Mohd Shahar berkata hutang statutori itu masih di bawah had 65 peratus seperti yang diluluskan Parlimen di bawah Rang Undang-Undang Pindaan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) 2021.
Dalam laporan Tinjauan Fiskal 2022, Kementerian Kewangan (MoF) berkata hutang kerajaan persekutuan diunjurkan mencapai 66 peratus daripada KDNK menjelang akhir 2022. – 21 Mac, 2022.
Komen