[VIDEO] Jangan harap jadi calon lagi, kata Asyraf Wajdi pada ‘YB lompat’
MESKIPUN bersedia menerima semula bekas wakil rakyatnya yang keluar parti, namun penyertaan mereka mereka tidak harus bersyarat, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata bekas ‘YB lompat’ tidak boleh mengharapkan untuk jadi calon pilihan raya sekali lagi bagi parti, katanya.
“Tapi kalau bersungguh mahu kembali, kita bersedia membuka pintu, tapi kenalah ikut giliran… jangan pula nak masuk tapi syarat nak bertanding lagi,” katanya berucap membuka Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.
16 ahli Parlimen Umno keluar parti selepas BN kalah pilihan raya umum 2018, dengan 15 daripadanya menyertai Bersatu yang dipimpin bekas timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin. Seorang lagi masuk Warisan di Sabah. – 17 Mac, 2022.
Komen