[VIDEO] Boleh keluar RM10,000 wang KWSP, kata Ismail Sabri
SELEPAS desakan daripada pelbagai pihak, pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan sehingga RM10,000 lagi dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata pencarum harus mempertimbangkan dengan wajar sebelum membuat pengeluaran khas itu.
Beliau membuat pengumuman dalam ucapan disiarkan di televisyen dan pelantar media sosial petang ini.
Tuntutan untuk kebenaran pengeluaran khas itu ditegaskan para pemimpin Umno terutama sewaktu kempen pilihan raya negeri Johor minggu lalu.
Ia turut disokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. – 16 Mac, 2022.
Komen