[VIDEO] Saya sayang PAS, kata Khairuddin
AHLI Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali umum keluar PAS berkuat kuasa hari ini.
Membuat keputusan sukar, Khairudin mengakui masih sayangkan parti itu.– 13 Mac, 2022.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan alasan kenapa bertindak keluar daripada parti.
“Sukar untuk saya jawab,“katanya satu sidang media di bangunan Parlimen selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan di Parlimen pada jam 2.30 petang tadi.
Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin itu berkata, beliau akan jadi ahli parlimen bebas di Dewan Rakyat.
Komen