[VIDEO] PRN Johor tentukan corak PRU15
HARI ini, lebih 2.5 juta rakyat Johor akan membuang undi bagi memilih siapa yang akan mentadbir negeri darul takzim itu untuk lima tahun akan datang.
Pilihan raya kali ini dilihat penting kerana jika Barisan Nasional (BN) menang, ia akan beri tekanan kepada kerajaan pusat untuk percepatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ia juga akan membuktikan kepada Perikatan Nasional (PN), sejauh mana BN dapat menarik undi Melayu.
Malah terdapat juga kebimbangan pilihan raya negeri (PRN) ini bermakna kembalinya bekas perdana menteri Najib Razak.–12 Mac, 2022.
Komen