[VIDEO] Pembangkang berpecah? BN diramal menang Johor


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

BARISAN Nasional (BN) dijangka menang dalam pilihan raya negeri Johor dengan mendapat sekurang-kurang 35 dari 56 kerusi.

Menurut kajian Ilham centre, antara punca kemenangan adalah disebabkan perpecahan pembangkang dan perebutan undi mengikut etnik.

Selain itu Perikatan Nasional (PN) pula selesa di 10 kerusi.

Dalam pada itu, baki 11 kerusi pula tidak dapat dibaca kerana berlaku perebutan sengit untuk dimenangi PN, BN dan PH.

Bagaimanapun, hanya PN dianggap sebagai pencabar BN paling rapat disebabkan perpecahan di kalangan pembangkang yang semakin nyata dalam PRN kali ini.–11 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen