[VIDEO] Jangan biar BN terus berkuasa, PKR rayu pengundi turun PRN


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

PEMIMPIN PKR Johor merayu pengundi untuk keluar mengundi dan tidak membiarkan Barisan Nasional terus berkuasa.

Syed Ibrahim Syed Noh berkata pengundi luar dan atas pagar amat diperlukan untuk kemenangan Pakatan Harapan (PH) kerana BN sememangnya sudah selesa dengan pengundi tegar.

“Kalau pengundi tidak keluar, maknanya, apa yang akan berlaku ialah UMNO BN akan menang. Bila menang, maknanya berterusanlah kita dalam keadaan disalahgunakan ataupun dimangsakan oleh mereka,” kata pengerusi PKR Johor itu kepada The Malaysian Insight.

Tambahnya, sekiranya BN terus berkuasa maka isu rasuah dan salahguna kuasa tidak akan selesai dan ekonomi negara akan bertambah teruk.–11 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen