[VIDEO] Rakyat Johor jangan terpedaya dengan kempen Malu Apa Bossku, kata Guan Eng
RAKYAT Johor tidak seharusnya membiarkan diri mereka terpedaya dengan kempen Malu Apa Bossku oleh bekas perdana menteri Najib Razak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“DAP merayu kepada 2.6 juta pengundi Johor agar tidak membiarkan Najib merampas pilihan raya negeri dengan kempen Malu Apa Bossku yang membayangi keperluan kerajaan Johor akan datang untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih baik dengan menangani (masalah) kos sara hidup, cukai baharu, meningkatkan denda kompaun kerana melanggar SOP Covid-19 dan isu sara hidup.
“Kempen peribadi Najib diwarnai dengan kepentingan peribadi untuk menumpang kemenangan BN yang dijangka sebagai makanan politik untuk menyelamatkan dirinya dalam penglibatannya menerusi skandal RM52 bilion 1MDB,” kata Lim dalam satu kenyataan. – 10 Mac, 2022.
Komen