[VIDEO] Penyelesaian isu banjir perlu seiring perubahan iklim global, kata pakar
PERBAIKI sistem perparitan dan bina kolam tadahan lebih banyak, kata pakar alam sekitar.
Aktivis alam sekitar Kolektif Iklim Aidil Iman Aidid berkata pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan tahap tebatan banjir selaras dengan tuntutan perubahan iklim global.
Malaysia juga katanya perlu segera menangani cabaran perubahan iklim.
Tambahnya segala penyelesaian perlu berasaskan alam semula jadi, pendidikan pintar iklim dan sistem pengesanan amaran awal.
Aidil mengulas kejadian banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor pada Isnin.
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hujan lebat luar biasa yang berlangsung selama dua jam menyebabkan banjir kilat di ibu negara.
Beliau berkata sistem perparitan tidak dapat menampung kapasiti air yang tinggi berikutan hujan lebat luar biasa di Kuala Lumpur.
Tahun lepas, hujan lebat pada hujung minggu 17-18 Disember menyebabkan banjir besar di beberapa negeri, termasuk Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.
Ia menyebabkan lebih 70,000 orang kehilangan tempat tinggal dan mengorbankan 54 nyawa. Selangor adalah antara negeri paling teruk dilanda banjir.– 9 Mac, 2022.
Komen