[VIDEO] Pengajaran bagi PH jika Muda kalah 6 kerusi diberikan, kata Marina


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali Syazwana Amir

PERTEMBUNGAN antara Muda dan PKR di DUN Larkin dalam PRN Johor akan menjejaskan hubungan bersama Pakatan Harapan (PH), kata Marina Ibrahim.

Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor itu berkata sekiranya Muda kalah kesemua enam kerusi yang diberikan oleh Amanah dan DAP ia akan menjadi pengajaran buat PH di masa hadapan.

Muda bertembung dengan PKR di DUN Larkin apabila Muda mengumumkan Rasid Abu Bakar sebagai calon parti itu setelah PKR menamakan Zamil Najwah Arbain sebagai calon.

Muda bertanding tujuh kerusi bagi PRN Johor di DUN Larkin, Machap, Parit Raja, Puteri Wangsa, Bukit Kepong, Bukit Permai dan Tenang. – 7 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen