[VIDEO] PRN Johor tidak sama macam PRN Melaka, kata Syed Ibrahim
PENGERUSI PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dibandingkan dengan Melaka kerana situasi politik yang berbeza.
Ahli Parlimen Ledang itu berkata selain peratusan undi yang rendah, faktor undi tegar adalah punca BN menang di Melaka.
“Isu di Melaka ada bunyi-bunyi melompatkan? Ia berbeza. Maknanya di Melaka itu, dah memang peratusnya (keluar mengundi) rendah sebab orang muak dan tak rasa penting (mengundi).
“Tapi di Johor, saya rasa kita tahu bahawa rakyat dah baca dah tentang isu Najib, tentang isu yang rasuah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Justeru beliau yakin Pakatan Harapan dan PKR akan menjadi pilihan rakyat kerana gabungan itu menentang rasuah selain mengangkat suara rakyat.
Melaka terbubar selepas tiga Adun menarik sokongan terhadap ketua menteri manakala Johor dibubarkan selepas memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.
Ia berikutan kematian adun Kempas, Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu. – 7 Mac, 2022.
Komen