[VIDEO] Bukan buat modal, tapi 'kluster mahkamah' fakta - kata Syed Ibrahim
PAKATAN Harapan mahupun PKR bukanlah menggunakan kes ‘kluster mahkamah’ sebagai kempen Pilihan Raya (PRN) Johor sebaliknya menerangkan kebenaran.
Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata perkara tersebut perlu dijelaskan kepada pengundi kerana tindakan tersebut memberi kesan kepada negara.
“Dia bawa skandal terbesar di dunia, 1MDB, kes-kes rasuah ini boleh menyebabkan kesan sukar kepada rakyat.
“Sebab apa? Sebab duit rakyat kena rompak,” kata Ahli Parlimen Ledang kepada The Malaysian Insight.
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hassan yang menyifatkan pembangkang tiada modal lain untuk berkempen di PRN Johor.
Kluster mahkamah merujuk kepada pimpinan Umno yang disabitkan kesalahan di mahkamah atas pertuduhan salah guna kuasa.–4 Mac, 2022.
Komen