[VIDEO] PRN Johor | Ada apa dengan calon wanita?
JUMLAH calon wanita Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022 meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 37 calon. Pada 2013 hanya 16 wanita dicalonkan.
Menurut Data Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Undi.Info menunjukkan penyertaan wanita di kerusi DUN Johor meningkat secara drastik daripada hanya 16 calon pada (PRU13), dan 19 pada 2018 (PRU14).
Pada Sabtu, SPR mengumumkan 239 calon akan bertanding dalam PRN Johor.
Tarikh 12 Mac ditetapkan sebagai hari pengundian manakala 8 Mac sebagai pengundian awal.– 3 Mac, 2022.
Komen