[VIDEO] PRN Sarawak dan Melaka jadi pengajaran buat PH, kata Maszlee
PAKATAN Harapan (PH) akan mengambil pengajaran daripada keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dan Melaka, dalam mengharungi PRN Johor kali ini, kata Maszlee Malik.
Calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang itu berkata, hasrat utama mereka menyertai pilihan raya negeri kali ini adalah untuk menang.
Pada PRN Melaka PH hanya menang di lima daripada 28 kerusi DUN berbanding 15 kerusi dimenangi gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).– 2 Mac, 2022.
Komen