[VIDEO] Saya bukan pekerja di Goldman Sachs, kata anak perempuan Najib


NOORYANA Najwa Najib mengesahkan dia pernah bertemu dua bekas pekerja Goldman Sachs Tim Leissner dan Roger Ng.

Bagaimanapun, anak perempuan bekas perdana menteri Najib Razak menegaskan dia tidak pernah bekerja di bank pelaburan global itu

Sebaliknya, beliau menjadi pelatih dengan diperkenalkan Leissner di firma ekuiti persendirian global, TPG, tulisnya di Facebook untuk menjawab kenyataan Leissner di mahkamah bahawa Najib bertemu bekas ketua Goldman Sachs Lloyd Blankfein bagi mendapatkan pekerjaan untuk anak-anaknya. – 24 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen