[VIDEO] Muhyiddin tolak cabaran sumpah laknat Zahid
BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin menolak cabaran sumpah laknat Ahmad Zahid Hamidi bagi menyokong dakwaannya bahawa presiden Umno itu telah meminta bantuan dalam kes jenayahnya.
Muhyiddin menolak cabaran tersebut ketika disoal pemberita di Putrajaya hari ini.
Minggu lalu, Muhyiddin mendakwa ahli parlimen Bagan Datuk itu menemuinya dengan membawa fail bertimbun untuk memintanya menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapi oleh Zahid. – 22 Februari, 2022.
Komen