[VIDEO] Kes Loh bukan mengenai agama, tapi untuk satukan ibu dan anak, kata peguam


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

TIDAK timbul isu mengenai agama, sebaliknya hanya penyatuan semula seorang ibu dan tiga anaknya yang masih kecil, kata peguam Shamsher Singh Thind.

Beliau merujuk kepada permohonan sah ibu tunggal Loh Siew Hong untuk disatukan semula dengan anak-anaknya yang telah ditukar agama secara unilateral.

Shamsher yang merupakan peguam Loh turut berkata persoalan sama ada anak-anak itu masih menyayangi ibu mereka tidak timbul kerana Loh adalah penjaga yang sah mereka seperti yang diarahkan oleh mahkamah. – 21 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen