[VIDEO] Lebih 8% kanak-kanak terima vaksin dos pertama melalui PICKids


SERAMAI 289,912 atau 8.2% populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, sebanyak 13,607,475 atau 57.8% populasi dewasa dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19; sejumlah 22,940,521 individu atau 97.5% lengkap vaksinasi, manakala 98.7% atau 23,217,374 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,797,227 individu atau 89.9% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,878,738 atau 92.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 17 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen