[VIDEO] KJ patut letak jawatan kalau menteri pun langgar SOP, gesa Guan Eng
MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin patut letak jawatan sekiranya tidak dapat meyakinkan rakan kabinetnya untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha agung DAP berkata arahan Khairy supaya Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein, penyandang Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vigneswaran dikompaun menjadikan usaha kerajaan untuk memerangi gelombang baru varian Omicron satu bahan ketawa.
Tambah Lim, tidak ada sifat kepimpinan melalui teladan apabila Hishammuddin yang juga pengerusi Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 yang mengurus dan mengumumkan SOP turut melanggar SOP. – 14 Februari, 2022.
Komen