[VIDEO] Kerajaan Pahang tuntut ganti rugi fitnah RM1 juta daripada aktivis
KERAJAAN Pahang mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi RM1 juta terhadap aktivis Shariffa Sabrina Syed Akil.
Tuntutan tersebut dibuat atas dakwaan aktivis itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai aktiviti pembalakan di negeri itu.
Kerajaan Pahang berkata, aktivis alam sekitar berkenaan membuat kenyataan berunsur fitnah di Facebook pada 29 dan 30 Disember 2021, dan juga semasa wawancara Sinar Harian pada 12 Januari tahun ini. – 10 Februari, 2022.
Komen