[VIDEO] Adakan PRN hanyalah percaturan kluster mahkamah, kata Hadi
PILIHAN Raya Negeri (PRN) hanyalah percaturan politik pemimpin Umno untuk menyelamatkan diri dari tuduhan mahkamah, dakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, PAS tidak pernah setuju untuk mengadakan PRN, khususnya jika agendanya hanyalah untuk kepentingan peribadi, dan kelangsungan politik kumpulan itu.
Tambah Hadi, pemimpin Umno yang mempunyai kes mahkamah tidak perlu takut sebaliknya perlu berani lawan di mahkamah sekiranya mereka tidak bersalah. – 28 Januari, 2022.
Komen