[VIDEO] Zahid akur keputusan mahkamah arah bela diri
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan beliau untuk membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Zahid berkata pasukan peguam belanya akan menjalankan tugas mengikut tatacara yang ditentukan mahkamah.
“Secara peribadi, saya dan peguam saya akur dengan keputusan mahkamah seperti dibaca oleh hakim kerana ia hak mutlak hakim.
“Pasukan peguam bela saya akan menjalan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah semasa pembelaan dan kami akan teruskan usaha perundangan ini seperti yang ditetapkan. Tarikh (pembelaan) juga sudah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah. – 24 Januari, 2022.
Komen