[VIDEO] Perdana Menteri lawat Dr Mahathir di IJN


Hasmizar Hassan Sumardi Susilo

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Ini susulan, bekas perdana menteri itu dimasukkan ke dalam wad di Unit Rawatan Koronari (CCU) di IJN.

Ismail dilihat tiba diperkarangan IJN pada jam 5.30 petang dan pulang setengah jam kemudian.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan tentang keadaan pemimpin berusia 96 tahun itu.

Bagaimanapun terdapat beberapa petugas media sedang berkampung di luar hospital bagi mendapatkan perkembangan terkini. – 22 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen